AS dijangka umum rancangan edar vaksin untuk global pada Khamis

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. - Foto AFP
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Joe Biden dijangka melancarkan rancangan pentadbirannya untuk mengedarkan 80 juta dos vaksin Covid-19 di seluruh dunia pada Khamis, kata Setiausaha Negara Antony Blinken semasa berucap di Kedutaan Amerika di San Jose, Costa Rica.

"Saya juga mahu anda tahu dalam beberapa hari lagi, mungkin paling awal esok (Khamis) - Presiden akan umumkan dengan lebih terperinci mengenai rancangan untuk edarkan 80 juta vaksin ke seluruh dunia," lapor Sputnik memetik Blinken pada Rabu.

Blinken berkata pentadbiran Biden akan mengedarkan vaksin di seluruh dunia khususnya di negara yang sangat memerlukan, tanpa ada kepentingan politik.

Masyarakat antarabangsa kini dalam usaha untuk memvaksin sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk dunia menjelang 2024, namun jika pengeluaran vaksin dapat dipertingkat, sasaran itu boleh dicapai pada akhir 2022, tambah Blinken. - Bernama

Artikel Berkaitan: