TNB lanjutkan pemberian 10 peratus diskaun bil elektrik

Diskaun 10 peratus bil elektrik dilanjutkan selama tiga bulan bermula Julai hingga September 2021.
Diskaun 10 peratus bil elektrik dilanjutkan selama tiga bulan bermula Julai hingga September 2021.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan melalui Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan lanjutan pemberian diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus kepada beberapa sektor selama tiga bulan bermula Julai hingga September 2021.

Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir Baharin Din berkata, selain itu bagi memudahkan pengguna domestik menguruskan bayaran bil elektrik, Pelan Bayaran Mudah turut dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

“Pembacaan meter berjalan seperti biasa sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh manakala aktiviti pemotongan bekalan ditangguhkan sehingga 30 Jun 2021

"Kedai tenaga masih beroperasi, namun dalam tempoh yang lebih singkat dan pengguna digalak menggunakan kemudahan transaksi dalam talian menerusi portal serta aplikasi myTNB untuk sebarang urusan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Baharin berkata, pelbagai langkah yang telah dan sedang diambil untuk memastikan stesen janakuasa beroperasi dengan baik dalam tempoh Sekatan Pergerakan Penuh.

Pasukan pencawang dan pencantum kabel TNB sedang menjalankan kerja-kerja membaiki
sambungan kabel di Pantai Cenang, Langkawi pada 1 Jun 2021.
Pasukan pencawang dan pencantum kabel TNB sedang menjalankan kerja-kerja membaiki sambungan kabel di Pantai Cenang, Langkawi pada 1 Jun 2021.

“Selain penjanaan, warga kerja kritikal kami juga akan kekal bertugas bagi memastikan semua pengguna mendapat perkhidmatan dan bekalan elektrik yang berterusan serta stabil,” katanya.

Belaiu berkata, hampir separuh daripada 35,000 warga kerja TNB terus gigih memastikan 9.5 juta pelanggan mendapat perkhidmatan terbaik.

Artikel Berkaitan:

“Mereka termasuklah warga kerja teknikal di bahagian grid serta pembahagian yang turut melibatkan pekerja penyambungan dan pemulihan bekalan.

"Sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik, pengguna diminta menghubungi TNB CareLine di 15454 atau Facebook TNB CareLine," katanya.