Empat sekeluarga nyaris rentung

Keadaan rumah mangsa kebakaran. -Foto ihsan bomba
Keadaan rumah mangsa kebakaran. -Foto ihsan bomba
A
A
A

KOTA TINGGI - Empat sekeluarga yang sedang lena nyaris rentung apabila kediaman mereka di Felda Air Tawar 1, di sini terbakar pada awal pagi Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada jam 2.47 pagi, sebelum lima jentera dan 21 pegawai dan anggota dari BBP Kota Tinggi dan BBP Penawar dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, kita dapati kediaman itu sedang marak terbakar.

"Pihak bomba memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran 61 meter sumber air dari pam jentera J1-50 dan sumber air pili bomba berdekatan sehingga api padam sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada jam 4.45 pagi," katanya.

Jelasnya, ketika kejadian terdapat empat individu di dalam kediaman itu berusia antara 19 hingga 51 tahun.

Difahamkan, mereka sedang nyenyak tidur namun berjaya menyelamatkan diri sebaik sahaja menyedari api mula marak.

"Kebakaran dipercayai bermula dari ruang tamu dan telah memusnahkan 90 peratus daripada keseluruhan rumah tersebut.

"Kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan dan punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: