Kamarudin dilantik Pengurus Besar MADA ketujuh

Kamarudin Dahuli
Kamarudin Dahuli
A
A
A

ALOR SETAR - Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) melantik Kamarudin Dahuli sebagai Pengurus Besarnya berkuat kuasa 1 Jun bagi mengantikan Datuk Fouzii Ali yang bersara wajib pada April lalu.

Pengerusi MADA, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, Kamarudin sebelum ini adalah Timbalan Pengurus Besar (Pertanian) MADA dan pelantikannya mengantikan Fouzi telah dipersetujui Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

Menurutnya, Kamarudin, 56, mempunyai kelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia dan Sarjana Muda Sains Pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Beliau telah berkhidmat di MADA selama hampir 31 tahun dan mempunyai pengalaman luas di dalam bidang pertanian.

"Pihak MADA turut merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan tahniah kepada Kamarudin di atas perlantikan beliau sebagai Pengurus Besar MADA yang ketujuh," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: