Ancelotti azam lakar lebih kejayaan bersama Los Blancos

Ancelotti kini sah selaku pengendali Los Blancos
Ancelotti kini sah selaku pengendali Los Blancos
A
A
A

PENGENDALI baharu Real Madrid, Carlo Ancelotti menegaskan dia bukan dirinya yang dahulu dan mahu melakar lebih kejayaan bersama Los Blancos kali ini.

Menurut Ancelotti, dia berazam melakar kejayaan berkenaan setelah dipecat pada musim 2016 itu biarpun mengemudi gergasi La Liga itu muncul juara Copa Del Rey pada 2013,2014, 2015 selain merangku trofi Liga Juara-Juara pada 2014.

“Saya bukannya Ancelotti yang dahulu. Saya kini Acelotti yang berbeza dan memiliki banyak masa untuk melakar kejayaan.

“Saya ada enam tahun lagi bagi meraih lebih banyak pengalaman tidak kira samada pengalaman itu negatif mahu pun pengalaman yang positif.

“Tetapi bagi saya, pengalaman negatif juga mampu membantu kita untuk terus maju ke hadapan,” katanya.

Ancelotti dinamakan pengendali baharu Los Blancos setelah Zinedine Zidane meletak jawatan minggu lalu setelah gagal memenangi sebarang piala musim ini.

Bagaimanapun, Ancelotti, 61 juga bukannya asing di Santiago Barnebeu kerana pernah mengendalikan Real Madrid pada musim 2013 hingga 2015 lalu dan mengemudi kelab itu memenangi Copa Del Rey dan juga Liga Juara-Juara.

Malah, untuk rekod, di bawah kendalian Zidane musim lalu Real Madrid sekadar menjaringkan 67 gol iaitu yang ketiga terendah berdasarkan rekod sejak musim 1999/2000 lalu (ketika Zidane masih bergelar pemain untuk Real Madrid) berbanding 104 pada 2013 dan 118 gol pada 2014 ketika berada di bawah kendalian Ancelotti.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga mahukan penyerang Karim Benzema menjaringkan lebih banyak gol berbanding 30 gol yang dijaringkannya dalam semua pertandingan musim lalu.

“Dia seharusnya menjaringkan 50 gol dan bukannya 30 gol. Begitu juga dengan Vinicuius Jr serta pemain-pemain lain samada pemain sayap mahu pun pemain tengah; mereka perlu mengamalkan permainan yang lebih kepada corak menyerang selepas ini,” katanya.

Sementara itu, Ancelotti berkata, biarpun agak kesuntukan masa bagi membentuk pasukan terbaik musim baharu nanti, namun di tetap mahukan agar kelab berkenaan memanfaatkan sepenuhnya pemain-pemain yang dimiliki ketika ini.

Menurut Ancelotti, dia juga mereka beraksi dengan lebih tersusun dan mempamerkan aksi yang hebat sebagaimana yang dimahukan oleh penyokong.

“Saya juga menuntut lebih banyak gol daripada pemain selepas ini mahukan mereka memberikan fokus untuk menyajikan lebih banyak aksi menyerang berbanding sebelum ini.

“Sama seperti ketika saya mengemudi kelab ini sebelum ini, saya mahu mereka bermain dengan baik dan dengan intesiti yang tinggi.

“Ini kerana perkara demikianlah yang menggambarkan kelab Real Madrid yang sebenar berdasarkan sejarah kelab itu sendiri,” katanya.