Lukaku setia bersama Inter

Romelu Lukaku
Romelu Lukaku
A
A
A

PENYERANG Inter Milan, Romelu Lukaku menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila mengesahkan akan terus kekal bersama kelab itu.

Menurut Lukaku, dia juga telah bercakap dengan bakal pengendali pasukan itu, Simone Inzaghi mengenai niatnya untuk terus kekal bermain bersama pasukan gergeasi Serie A itu.

"Ya, saya akan kekal di sini. Mungkin terlalu awal untuk saya katakan, namun saya telah menghubungi Inzaghi yang akan menguruskan pasukan ini musim depan.

"Perbincangan dengannya sangat positif selain saya menyedari cabaran besar untuk cuba mempertahanakan kejuaraan Serie A di sini. Namun, apa yang boleh saya katakan saya selesa berada di kelab ini," katanya.

Terdahulu, pemain berusia 28 tahun itu dikatakan akan berpindah ke kelab lain musim depan selepas bekas pengendali kelab itu, Antonio Conte yang bertanggungjawab membawa masuknya ke Inter meletakkan jawatan baru-baru ini.

Lukaku juga dikejar banyak pasukan gergasi Eropah selepas kembali menempatkan dirinya selaku antara penyerang terbaik dunia apabila membantu Inter memecah dominasi Juventus untuk memenangi Serie A musim ini.

Dalam masa sama, Lukaku turut menghamburkan pujian kepada Conte yang membantunya untuk kembali berada pada tahap terbaik dalam persembahannya.

"Apa yang saya capai hari ini saya perlu berterima kasih kepada Conte. Dia seorang jurulatih yang bagus, sering mengkritik tetapi kritikan itu tidak membunuh saya sebaliknya menjadikan saya lebih bagus.

Artikel Berkaitan:

"Apabila anda menerapkan latihan yang begitu setiap hari untuk pemain seperti saya, sudah tentu saya akan menjadi seorang pemain yang baik di atas padang.

"Saya juga sedikit kecewa apabila mendengar dia mahu meninggalkan pasukan. Saya mengenalinya dan bekerja dengannya sangat lama, namun ini lah bola sepak dan kita perlu menerimanya," katanya.