561 kematian Covid-19 dalam tempoh seminggu

Sebanyak 561 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di negara ini dalam masa seminggu. Foto Twitter KKM
Sebanyak 561 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di negara ini dalam masa seminggu. Foto Twitter KKM
A
A
A

PUTRAJAYA - Sebanyak 561 kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di negara ini dalam masa seminggu.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Twitter pada Khamis berkata, tempoh itu bermula 27 Mei hingga 2 Jun 2021.

Jumlah keseluruhan kematian sejak pandemik Covid-19 dilaporkan pada Januari tahun lalu ialah sebanyak 2,993 kes.

Setakat Rabu, seramai 878 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) termasuk 441 orang menggunakan ventilator.

Sebelum ini, Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Profesor Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman mendedahkan bahawa kadar kematian kes Covid-19 menjelang September kemungkinan akan mencapai sebanyak 26,000 kes berdasarkan trajektori semasa.

Angka itu merupakan sembilan kali ganda daripada jumlah kumulatif kes kematian terkini.

#COVID19 Jumlah kes baharu dan kes kematian di Malaysia bagi tempoh 9 Mei hingga 2 Jun 2021.

Dalam tempoh seminggu (27 Mei hingga 2 Jun), sebanyak 561 kematian dicatatkan.Setakat 2 Jun, 878 pesakit dirawat di ICU termasuk 441 menggunakan vertilator. pic.twitter.com/4Gvbkqiyxg

Artikel Berkaitan:

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) June 3, 2021