Gesa pelaksanaan bantuan Pemerkasa Tambahan disegerakan

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menggesa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Pemerkasa Tambahan agar memastikan bantuan itu disegerakan secara tuntas. - Gambar hiasan
Gambar kecil: Razali
Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menggesa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Pemerkasa Tambahan agar memastikan bantuan itu disegerakan secara tuntas. - Gambar hiasan Gambar kecil: Razali
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menggesa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Tambahan) bernilai RM40 bilion agar memastikan bantuan itu disegerakan secara tuntas.

Pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris berkata, kepantasan menyalurkan bantuan kepada akar umbi sangat dituntut pada masa ini selari dengan matlamat utama kerajaan iaitu mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam, meneruskan agenda prihatin rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

"Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mendapat maklum antara perkara yang sering dibangkitkan rakyat ialah kurangnya efisien dan birokrasi dalam melaksanakan segala bantuan ke peringkat rakyat jelata yang diumumkan oleh kerajaan pusat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Razali yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia berkata, sistem penyampaian dalam bentuk bantuan, agihan dan saluran kepada kumpulan bersasar dalam Pemerkasa Tambahan hendaklah komprehensif, sempurna dan efektif supaya pelaksanaan itu berkesan bagi mengurangkan beban rakyat serta memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara turut merakamkan penghargaan atas keprihatinan kerajaan, katanya.

Pada 31 Mei lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej rangsangan Pemerkasa Tambahan bernilai RM40 bilion dengan sejumlah 12 inisiatif berpaksikan tiga matlamat utama untuk meningkatkan ekonomi negara dan membantu rakyat di tengah-tengah langkah sekatan pergerakan untuk membendung peningkatan jangkitan pandemik Covid-19.

Tiga matlamat utama itu ialah untuk mempertingkatkan kapasiti kesihatan awam dengan peruntukan sebanyak RM1 bilion, meneruskan agenda

Artikel Berkaitan: