Kadar kebolehjangkitan Covid-19 terus menurun

Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di negara ini terus merekodkan penurunan apabila mencatatkan 1.06 pada Rabu. -Foto Facebook Dr Noor Hisham
Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di negara ini terus merekodkan penurunan apabila mencatatkan 1.06 pada Rabu. -Foto Facebook Dr Noor Hisham
A
A
A

SHAH ALAM - Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 di negara ini terus merekodkan penurunan apabila mencatatkan 1.06 pada Rabu.

Data yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham dalam Facebook beliau pada Khamis menunjukkan, kadar terbabit menurun daripada 1.16 pada Sabtu lalu kepada 1.12 pada Ahad, 1.09 (Isnin) dan 1.07 pada Selasa.

Menurut data itu, hanya Johor mencatatkan Rt bawah nilai kebangsaan dengan 1.04, manakala Kedah merekodkan kadar sama 1.06.

Sementara itu, Labuan mendahului negeri lain dengan kadar 1.49, disusuli Negeri Sembilan (1.24); Sabah (1.21); Melaka (1.19); Perlis (1.18) dan Pahang (1.13).

Manakala Pulau Pinang dan Kelantan (1.12); Perak (1.11); dan Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Terengganu serta Sarawak (1.09).

Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham

Dr Noor Hisham pada Rabu memaklumkan, angka harian penularan Covid-19 meningkat kepada 7,703 jangkitan yang membawa kepada jumlah kumulatif 587,165 kes.

Seramai 126 menjadi korban baharu Covid-19 di seluruh negara sekaligus menjadikan angka tertinggi yang pernah dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, jumlah itu melibatkan 123 rakyat tempatan dan tiga warga asing.

Menurut beliau, bilangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian setakat ini sebanyak 2,993 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: 126 kematian akibat Covid-19 direkodkan, tertinggi setakat ini