PKP 3.0: ERL gantung semua perkhidmatan mulai Jumaat ini

Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menggantung semua perkhidmatan trennya mulai Jumaat ini (4 Jun) sehingga notis lanjut susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menggantung semua perkhidmatan trennya mulai Jumaat ini (4 Jun) sehingga notis lanjut susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menggantung semua perkhidmatan trennya mulai Jumaat ini (4 Jun) sehingga notis lanjut susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

ERL dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan bahawa, keputusan itu dibuat susulan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat selain mengambil kira arahan terkini kerajaan berhubung langkah bekerja dari rumah serta sekatan perjalanan lebih ketat yang bermula semalam.

"Justeru, bagi memastikan ERL mampu meneruskan perkhidmatan kepada semua pelanggannya sebaik sahaja PKP ditamatkan dan kekal mampan dari segi kewangan, syarikat dengan penuh rasa kesal terpaksa menggantung sementara perkhidmatannya sehingga notis lanjut," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut lebih setahun selepas penularan pertama Covid-19, hampir tidak ada perjalanan udara dan bilangan pengguna perkhidmatan tren tersebut adalah terhad.

Ini menyebabkan purata pengguna harian ERL merosot sebanyak 69 peratus pada 2020 berbanding 2019 sebelum negara dilanda COVID-19 dan dengan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh semalam, purata penumpang terus menjunam sebanyak 89 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Menurut kenyataan itu, mereka yang terpaksa melakukan perjalanan kerana perkara yang mustahak sepanjang tempoh PKP 3.0 adalah dinasihatkan mengambil langkah alternatif untuk pengangkutan mereka.

Maklumat berhubung opsyen pengangkutan dari setiap stesen ERL dan kemas kini perkhidmatan boleh didapati di laman sesawang www.KLIAekspres.com, Facebook serta Twitter KLIA Ekspres dan bagi mereka yang memerlukan bantuan lanjut sila hubungi Pertanyaan Pelanggan di talian 03-2267 8000 (Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 6 petang). Bernama

Artikel Berkaitan: