Muka baharu mampu jelma impak positif

Sumareh optimis kehadiran Cools, Krasniqi dan De Paula mampu memberikan impak positif kepada Harimau Malaya menjelang aksi menentang UAE di Stadium Zabeel, Dubai pada tengah malam ini.
Sumareh optimis kehadiran Cools, Krasniqi dan De Paula mampu memberikan impak positif kepada Harimau Malaya menjelang aksi menentang UAE di Stadium Zabeel, Dubai pada tengah malam ini.
A
A
A

KEHADIRAN muka baharu seperti Dion Cools, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula mampu memberikan impak positif kepada Harimau Malaya ketika menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Zabeel, Dubai pada tengah malam ini.

Pemain sayap, Mohamadou Sumareh berkata, Harimau Malaya umpama mendapat kekuatan tambahan dengan kehadiran kesemua pemain itu sekali gus bakal menyaksikan tentangan sengit diberikan kepada UAE.

“Sudah tentu mereka (UAE) pasukan kuat dengan kehadiran beberapa pemain naturalisasi berbanding pertemuan pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Namun, kami juga sebuah pasukan yang hebat dan ada kekuatan tersendiri.

“Kami tahu mereka menambah baik pasukan, kami juga melakukan perkara sama dengan kehadiran pemain naturalisasi dan kacukan. Saya jangkakan kami akan berhadapan dengan perlawanan cukup kompetitif.

“Saya juga merasakan UAE berada dalam tekanan kerana mereka perlu menang disebabkan bermain di tempat sendiri. Jadi ia akan menjadi kelebihan kepada kami,” katanya dalam sidang media secara maya pada Rabu.

Dalam pada itu, Sumareh mengakui sudah kembali berada pada tahap terbaik untuk cuba mengucar-ngacirkan benteng pertahanan UAE di hadapan penyokong mereka sendiri.

“Memang sebelum ini masalah kecederaan dan kurang bermain dalam perlawanan kompetitif menyebabkan persembahan saya merosot.

“Namun, selepas diturunkan pada aksi terakhir Liga Super selain beraksi dalam dua perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan, saya sudah kembali ke tahap terbaik saya.

Artikel Berkaitan:

“Saya yakin sudah bersedia dan kembali efektif untuk membantu skuad kebangsaan meraih keputusan positif. Semangat rakan-rakan yang lain juga cukup tinggi menjelang perlawanan itu,” ujarnya.