Pasar raya lengang, orang ramai patuh arahan

Sinar Harian yang mengikuti Unit Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada hari kedua Sekatan Pergerakan Penuh mendapati kawasan tumpuan terutamanya di Pusat Komersial Seksyen 7, i-City dan sekitar kawasan Setia Alam yang selama ini dipenuhi dengan kehadiran pelanggan mula sunyi.

A
A
A

SHAH ALAM - Kebanyakan kawasan tumpuan orang ramai di sekitar Shah Alam lengang susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh yang bermula pada Selasa.

Sinar Harian yang mengikuti Unit Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada hari kedua Sekatan Pergerakan Penuh mendapati kawasan tumpuan terutamanya di Pusat Komersial Seksyen 7, i-City dan sekitar kawasan Setia Alam yang selama ini dipenuhi dengan kehadiran pelanggan mula sunyi.

Seorang pengunjung yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 20, berkata, dia hanya keluar untuk membeli barangan keperluan harian.

"Saya tak sempat beli semalam sebab kerja, jadi saya beli sedikit barangan kering hari ini. Saya datang seorang, anak dan isteri memang saya tak bawa.

"Bagi saya sekatan kali ini memang perlu dilaksanakan memandangkan kes positif Covid-19 naik setiap hari," katanya.

Sementara itu, penghantar makanan, Zaidi Ahmad, 30, berkata, pesanan makanan ketika ini bertambah sejak hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Alhamdulillah, setakat ini pesanan makanan bertambah berbanding sebelum PKP, mungkin sebab ramai yang tak keluar rumah, jadi ramai yang pesan secara dalam talian.

"Kalau boleh saya pun nak cepat-cepat berakhir PKP ini dan bukan itu sahaja, saya sentiasa doakan agar wabak Covid-19 segera berakhir," katanya.

Artikel Berkaitan:

Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilapor pada Rabu tidak banyak berubah apabila mencatatkan 7,703 kes berbanding 7,105 kes pada Selasa dengan Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,728.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 587,165 kes direkodkan setakat ini.