Kucing pereka fesyen Karl Lagerfeld pewaris harta RM700j

Karl bersama kucing kesayangannya, Choupette.(Gambar kanan: Karl bersama Hudson.)
A
A

kucing Karl Lagerfeld

SETELAH diketahui umum, pereka fesyen terkenal dunia, Karl Lagerfeld telah meninggal dunia di kota fesyen Paris pada usia 85 kelmarin.

Hari ini tular kisah peninggalan hartanya yang dikatakan bernilai lebih £150 juta (RM 649 juta).

Selain model lelaki, Brad Kroenig dan anaknya, Hudson bakal menjadi pewaris harta mendiang, kucing peliharaannya, Choupette tidak ketinggalan menerima sebahagian hartanya.

Karl berkata dalam satu wawancara tahun lalu menerusi Daily Mail, sebahagian kekayaan akan diberikan kepada kucingnya kesayangannya itu.

Ikon fesyen tersohor itu disahkan meninggal dunia di hospital Paris, akibat menderita penyakit kanser pankreas.

Mendiang yang juga merupakan seorang Pengarah Kreatif jenama besar, Chanel, dipercayai tidak sihat sejak dua minggu lalu sebelum menemui ajal.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Chanel, Lagerfeld dikejarkan ke hospital pada Isnin lalu.

"Mendiang dah lama sakit tetapi terus melawan dengan berani," kata sumber kepada portal media hiburan luar negara.

Terdahulu, mendiang yang juga mempunyai jawatan tinggi dalam jenama Fendi, dilaporkan tidak hadir pada acara-acara fesyen terkemuka di Paris kerana keadaan badan yang tidak mengizinkan.

Untuk rekod, anak jati kelahiran Jerman itu memulakan kembaranya sejak 1955 bermula di Pierre Balmain. - Daily Mail