X

Kindly register in order to view this article
!

Tanah mendap: Jalan Merbau ditutup kepada semua kenderaan

Keadaan jalan Merbau, Kampung Bukit Hijau di sini ditutup kepada semua kenderaan berikutan berlaku mendapan sepanjang 100 meter.
A
A

KUALA SELANGOR - Jalan Merbau, Kampung Bukit Hijau di sini ditutup kepada semua kenderaan berikutan berlaku mendapan sepanjang 100 meter.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian jam 12 tengah hari itu mengakibatkan mendapan sedalam 1.3 meter.

Menurut kenyataan itu, pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif lain.

"Hanya lokasi terlibat ditutup kepada semua lalu lintas dan pengguna boleh menggunakan laluan lain seperti di Persimpangan Jalan Rizab Hj Ali - Jalan Rezab Masjid - Jalan Rizab Yaakob," kata kenyataan itu yang dimuat naik di Facebook JKR Kuala Selangor.

Tambah kenyataan itu, kegagalan struktur tanah dipercayai menyebabkan mendapan tanah di laluan berkenaan.

"Kerja-kerja pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) dilakukan bagi mengawal keadaan di situ," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli berkata, pihaknya sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut daripada JKR Daerah Kuala Selangor.

"Setelah terima jawapan, saya akan kemaskini di sini (Facebook)," ujarnya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!