Angkut ular sawa 250kg naik motosikal

Video berdurasi 21 saat itu tular dan mencetuskan perdebatan dikalangan warganet apabila seorang lelaki membawa ular sawa gergasi yang dililit pada pinggang semasa menunggang motosikal.
Video berdurasi 21 saat itu tular dan mencetuskan perdebatan dikalangan warganet apabila seorang lelaki membawa ular sawa gergasi yang dililit pada pinggang semasa menunggang motosikal.
A
A
A

KUALA KRAI - [DIKEMASKINI] Tindakan seorang lelaki mengangkut ular sawa seberat 250 kilogram (kg) dengan melilitnya di bahagian pinggang dengan menaiki motosikal untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Cawangan Kuala Krai menjadi tular dan perbualan warganet pada Selasa.

Video berdurasi 21 saat itu tular dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet apabila seorang lelaki dilihat melilit seekor ular sawa gergasi pada pinggangnya semasa menunggang motosikal bersama rakannya.

Mohd Hamdan Mahadi, 35, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana motosikal merupakan kenderaan utama yang digunakannya dalam melakukan urusan harian.

"Reptilia itu saya tangkap di Kampung Lubuk Simpul, di sini. Semasa membawa ular itu (atas motosikal) saya telah menjinakkannya terlebih dahulu bagi mengelakkan reptilia tersebut bertindak agresif," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.

Menurutnya, dia terkejut apabila rakaman itu tular selepas dimuat naik ke laman sosial Facebooknya.

Katanya, setiap kali reptilia itu 'menceroboh' masuk ke kawasan rumah atau kebun, penduduk kampung akan terus menghubunginya bagi menangkap haiwan tersebut.

Anak kelahiran Kampung Guchil itu berkata, dia sudah sebati melakukan kerja-kerja tersebut walaupun berdepan bahaya.

Bagaimanapun pada masa sama, dia mengakui sentiasa berwaspada setiap kali berhadapan dengan reptilia itu.

Artikel Berkaitan: