Ketua keluarga nasihati ahli keluarga patuh SOP: Raja Muda Perlis

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail
A
A
A

KANGAR - Setiap ketua keluarga perlu menasihati ahli keluarga masing-masing agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, adalah menjadi tanggungjawab setiap ketua keluarga memastikan bahawa ahli keluarga mereka yang pulang ke Perlis bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 tidak pulang ke rumah dan bertemu dengan ahli keluarga lain.

“Jika perlu bermalam tinggallah di rumah inap atau hotel demi keselamatan semua pihak,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang di keluarkan oleh Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis di sini pada Rabu.

Baginda yang juga Pengerusi YTSP Perlis mengingatkan rakyat agar terus patuh kepada SOP dan berada di rumah masing-masing dengan mengurangkan pergerakan, selain menjaga kebersihan diri sebagai langkah pencegahan sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh ini.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah, meminta rakyat agar mengamalkan polisi 'Duduk di Rumah, Sifar Tetamu' atau 'Stay at Home, Zero Visitor' dan mengoptimumkan pembelian keperluan rumah secara dalam talian.

“Kalau perlu hanya ke pasar atau kedai selang beberapa hari sekali, malah jika boleh seminggu sekali adalah lebih baik,” titah baginda. - Bernama

Artikel Berkaitan: