X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 27 November 2021

Jumlah kes positif Covid-19 di Pahang lepasi angka 10,000

Dr Bahari Tok Muda
A
A

KUANTAN - Jumlah keseluruhan kes disahkan positif Covid-19 di negeri Pahang kini melepasi angka 10,000 iaitu 10,004 kes direkodkan sehingga Rabu.

Daripada jumlah itu, 237 kes merupakan kes baharu melibatkan 168 warga tempatan dan 69 warga asing.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP), Datuk Dr Bahari Tok Muda Che Awang Ngah berkata, semua daerah mencatatkan pertambahan kes dengan Kuantan merekodkan kes tertinggi (100 kes), diikuti Bentong (43 kes), Temerloh (27 kes), Bera (26 kes), Maran (16 kes), Jerantut (lapan kes), Cameron Highlands (enam kes), Rompin (lima kes), Lipis (tiga kes), Pekan (dua kes) dan Raub (satu kes).

"Terdapat tiga kes kematian baharu dilaporkan pada Rabu menjadikan jumlah kumulatif kematian di Pahang meningkat kepada 66 kes.

"Kes kematian baharu yang dilaporkan melibatkan pesakit berusia 65 hingga 67 tahun dari Jerantut dan Kuantan," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Dr Bahari berkata, terdapat 11 kluster mencatatkan penambahan kes baharu pada Rabu iaitu Kluster Industri Indera Mahkota 14, Kuantan (41 kes), Kluster Industri Jalan Karak, Bentong (tiga kes), Kluster Industri Kampung Tersang, Raub (satu kes) dan Kluster Jalan Sudirman, Temerloh (lima kes).

"Kluster lain yang turut berlaku penambahan kes, Kluster Jalan Syawal, Jerantut (satu kes), Kluster Kampung Baru, Bentong (20 kes ), Kluster Kampung Gau, Temerloh (enam kes), Kluster Kampung Paya Teh (satu kes), Kluster Kilometer 6 Jalan Lipis, Raub (empat kes), Kluster Permai Sejahtera, Lipis (dua kes) dan Kluster Taman Jati, Bera (dua kes).

"Terdapat satu kluster baharu dilaporkan di Pahang pada Rabu iaitu Kluster DTI Kemayan, Bera," katanya.

Tambah beliau, sehingga kini, seramai 1,372 pesakit positif Covid-19 sedang dirawat di lapan hospital dan enam Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Pahang, manakala 125 kes berada dalam pengawasan di rumah.

"Terdapat 24 pesakit Covid-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) iaitu 16 kes di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan dan lapan kes di Hospital Sultan Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh dengan 18 kes memerlukan bantuan mesin pernafasan," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!