Pasaran getah tempatan menurun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kebimbangan baharu mengenai peningkatan kes Covid-19 di negara-negara Asia menyeret pasaran getah Malaysia untuk ditutup rendah buat hari ketiga berturut-turut.

Seorang peniaga berkata pasaran niaga hadapan getah serantau semuanya dalam keadaan menurun kerana para pelabur enggan melakukan sebarang pergerakan besar di tengah-tengah jumlah kes yang tinggi di India, Malaysia dan Jepun.

Namun begitu, beliau menambah kemerosotan harga getah seterusnya telah dihadkan oleh pasaran minyak yang positif dan nilai ringgit yang lemah.

Harga minyak meningkat selepas Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya bersetuju mengurangkan pengeluaran secara beransur-ansur.

Mereka juga setuju berpegang pada keputusan yang dibuat pada April untuk menambah semula 2.1 juta tong sehari bekalan ke pasaran antara Mei dan Julai.

Peniaga itu berkata tumpuan pelabur kini beralih kepada data pekerjaan Amerika Syarikat yang dijadual dikeluarkan pada Jumaat sebagai petunjuk mengenai rancangan dasar Rizab Persekutuan untuk beberapa bulan akan datang.

Harga fizikal rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk SMR 20 susut 12.5 sen kepada 668.5 sen sekilogram (kg) sementara lateks pukal turun 5.0 sen kepada 610 sen sekg.

Pada jam 5 petang, harga penutupan LGM untuk SMR 20 berada pada 675 sen sekg sementara lateks pukal pada 608.5 sen per kg. - Bernama

Artikel Berkaitan: