Padah tak pakai pelitup muka, bawa lebih penumpang

Sekatan jalan raya di Jalan Kuarters KLIA ke SIC, Sepang dijalankan pihak IPD KLIA dalam usaha mempertingkatkan pematuhan SOP PKP 3.0 masyarakat. - Foto IPD KLIA
Sekatan jalan raya di Jalan Kuarters KLIA ke SIC, Sepang dijalankan pihak IPD KLIA dalam usaha mempertingkatkan pematuhan SOP PKP 3.0 masyarakat. - Foto IPD KLIA
A
A
A

SEPANG - Dua individu di sekitar kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini dikenakan kompaun apabila ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dengan tidak memakai pelitup muka dan membawa penumpang melebihi had ditetapkan.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd Rahman berkata, tindakan kompaun itu dikeluarkan oleh Pasukan Pemantau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA pada Selasa.

"Individu pertama dikesan tidak memakai pelitup muka di kawasan Kargo KLIA pada jam 2.02 petang.

"Individu kedua pula ditahan di sekatan jalan raya Jalan Kuarters KLIA ke SIC, kerana membawa kenderaan persendirian dengan jumlah penumpang melebihi dua orang kira-kira jam 2.10 petang," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, tindakan kompaun diambil di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Katanya, beliau meminta masyarakat supaya patuh prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang pandemik Covid-19 daripada terus meningkat.

"Masyarakat perlu bertanggungjawab untuk bersama-sama menjaga diri sendiri dan orang lain," katanya.

Artikel Berkaitan: