Lelaki Myanmar meninggal dunia selepas 19 hari dirawat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KAJANG - Seorang warga Myanmar yang cedera diperut akibat terkena objek tajam, meninggal dunia pada Rabu selepas 19 hari dirawat di hospital.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa berusia 20-an itu disahkan meninggal dunia pada jam 6.53 pagi di Hospital Kajang.

"Mangsa hanya dikenali sebagai Kyaw Swan dan tiada pengenalan diri telah dimasukkan ke zon kritikal seterusnya dipindah ke wad Hospital Kajang sejak 14 Mei lalu hingga hari ini.

"Mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke wad tersebut," katanya.

Mohd Zaid berkata, pihaknya sedang mengesan rakan, majikan atau individu yang menghantar mangsa ke Hospital Kajang.

"Kita minta mana-mana individu atau saksi yang ada maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil untuk membantu siasatan.

"Orang ramai boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 0389114222 atau Pegawai Penyiasat kes Asisten Superintenden Redzuan Mat Salleh di talian 0137854100," katanya.

Mohd Zaid memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: