Kes Covid-19 kembali meningkat, 7,703 kes baharu

Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada Rabu meningkat sedikit kepada 7,703 menjadikan jumlah kumulatif 587,165 kes.
Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada Rabu meningkat sedikit kepada 7,703 menjadikan jumlah kumulatif 587,165 kes.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jumlah kes baharu Covid-19 yang dilapor pada Rabu tidak banyak berubah apabila mencatatkan 7,703 kes berbanding 7,105 kes semalam, dengan Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,728.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 587,165 kes direkodkan setakat ini.

Menurut beliau, Kuala Lumpur pula mencatatkan 701 kes, Sarawak (588); Negeri Sembilan (586), Johor (554); Kelantan (541); Pulau Pinang (407); Perak (224) dan Sabah (254).

Selain itu, Melaka mencatat 209 kes; Kedah (283); Terengganu (224); Pahang (237); Labuan (159); Perlis (7) ; manakala di Putrajaya hanya satu kes direkodkan. - Bernama

Artikel Berkaitan: