X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Semua Exco Pulau Pinang sumbang sebulan gaji ke Tabung Covid-19

Chow Kon Yeow
A
A

GEORGETOWN - Semua Exco kerajaan negeri Pulau Pinang akan menyumbangkan gaji pada bulan Jun ke Tabung Covid-19 Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan itu dibuat dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Pulau Pinang yang bersidang pada pagi Rabu.

"Dalam MMK yang bersidang sebentar tadi memutuskan sumbangan satu bulan gaji iaitu bagi Jun 2021 oleh barisan Exco kerajaan Pulau Pinang kepada Tabung Covid-19 Pulau Pinang.

"Keputusan tersebut adalah sebagai tanda solidariti dalam usaha melawan pandemik Covid-19 di negeri ini.

"Sumbangan tersebut akan digunakan dengan sebaiknya termasuk dalam aspek kesihatan awam dan pembangunan ekonomi Pulau Pinang secara keseluruhannya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sumbangan berkenaan merupakan kali kedua setelah kali pertama dibuat pada tahun lalu.

Isnin lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan semua Menteri dan Timbalan Menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan bermula Jun 2021.

Menurutnya, wang tersebut akan disumbangkan ke Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan Covid-19.

Tegasnya, tindakan itu sama seperti diamalkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 yang dikuatkuasakan pada Mac tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menteri, timbalan tidak ambil tiga bulan gaji


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!