18 individu kena kompaun hari pertama 'total lockdown'

Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mereka yang gagal mematuhi SOP Sekatan Pergerakan Penuh yang dikuatkuasakan pada Selasa.
Gambar kanan: Individu yang didapati bersalah kerana melanggar Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021boleh dikompaun antara RM1,500 hingga RM5,000.
Pihak polis tidak akan berkompromi terhadap mereka yang gagal mematuhi SOP Sekatan Pergerakan Penuh yang dikuatkuasakan pada Selasa. Gambar kanan: Individu yang didapati bersalah kerana melanggar Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021boleh dikompaun antara RM1,500 hingga RM5,000.
A
A
A

BENTONG - Seramai 18 individu termasuk dua wanita di daerah ini dikompaun atas pelbagai kesalahan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pada hari pertama pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau 'total lockdown' pada Selasa.

Kompaun ke atas individu berusia antara 20 hingga 46 tahun itu dilakukan oleh pasukan petugas daripada Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bentong hasil pemantauan di sekitar bandar Bentong, Lurah Bilut dan Karak.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, hasil pemantauan pihaknya mendapati, orang ramai dan pemilik premis mematuhi SOP yang ditetapkan kecuali segelintir yang masih belum peka terhadap perkara itu.

Bagaimanapun, polis tidak akan berkompromi terhadap mereka yang berdegil sebaliknya kompaun akan terus dikeluarkan di bawah Peraturan 17(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No 2) 2021.

"Di bawah peraturan ini, individu yang didapati bersalah boleh dikompaun antara RM1,500 hingga RM5,000," katanya melalui satu kenyataan pada Rabu.

Zaiham berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang gagal dan mengambil mudah SOP yang ditetapkan.

"Justeru, saya meminta orang ramai di daerah ini supaya mematuhi SOP agar rantaian pandemik Covid-19 dapat diputuskan dalam tempoh 'lockdown' ini," katanya.

Artikel Berkaitan: