PDRM umum pertukaran empat pegawai kanan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan empat pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat pegawai kanannya berkuat kuasa 1 Julai depan.

Superintendan Komunikasi Korporat PDRM, Superintendan Skandaguru Anandan dalam kenyataan berkata, pertukaran pangkat melibatkan Timbalan Ketua Staf Operasi Darat, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ( ESSCom) Kementerian Dalam Negeri, Asisten Komisioner R V Shivananthan sebagai Penolong Pengarah Pengurusan (Keselamatan/Sukan/Rekreasi) Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Menurutnya, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Sarawak, Asisten Komisioner Zulfikar Mohd Ghazali akan bertukar ke Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Kuching, Sarawak.

"Zulfikar mengantikan tempat ditinggalkan Asisten Komisioner Shamsol Kassim yang dilantik sebagai Komander Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, JKDNKA, Batu Uban, Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, selain itu, Superintendan Pengajian Pencegahan Keganasan, Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana Maktab PDRM Kuala Lumpur, Superintendan S Balasundaram dilantik sebagai Timbalan Ketua Staf Operasi Darat ESSCom, Kementerian Dalam Negeri dengan memangku pangkat Asisten Komisioner," katanya.

Artikel Berkaitan: