'Land swap' : Polis teliti sebarang laporan diterima

Noor Rashid (tengah) dalam sidang media selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Kuala Lumpur, di Pulapol.
Noor Rashid (tengah) dalam sidang media selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Kuala Lumpur, di Pulapol.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan meneliti laporan berhubung ketirisan hasil kerajaan dianggarkan melebihi RM500 juta sepanjang pelaksanaan projek ‘land swap’ di Kementerian Pertahanan.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

"Sudah semestinya jika ada laporan dibuat, kita akan lihat jika ada tindakan dan perlu disiasat polis.

"Kalau lebih kepada unsur rasuah, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ambil tindakan," katanya dalam sidang media selepas Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Kontinjen Kuala Lumpur, di Pulapol, hari ini.

Dalam istiadat itu, seramai 280 anggota serta pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kuala Lumpur menerima pingat tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN : NGO gesa siasat ketirisan 'land swap' Kementerian Pertahanan

Kelmarin, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dalam satu kenyataan media memaklumkan berlaku ketirisan hasil kerajaan yang dianggarkan melebihi RM500 juta sepanjang pelaksanaan projek ‘land swap’ di Kementerian Pertahanan.

Maklumat berkenaan diperoleh selepas siasatan dijalankan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang terhadap beberapa projek kementerian.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, polis menunggu arahan daripada pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan selanjutnya berhubung kes anak Mohamad Sabu yang ditahan positif kerana dipercayai positif dadah pada 5 Januari lalu.

"Laporan perubatan telah diterima dan kertas siasatan telah diserahkan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Pada 5 Januari lalu, Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31, ditahan selepas positif ganja dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, ibu negara.