Covid-19: UK catat sifar kes kematian harian

Matt Hancock mahu lebih ramai lagi populasi UK untuk terus mendapatkan vaksin. - Gambar fail Reuters
Matt Hancock mahu lebih ramai lagi populasi UK untuk terus mendapatkan vaksin. - Gambar fail Reuters
A
A
A

UNITED Kingdom mencatatkan sifar kes kematian harian Covid-19 dalam tempoh 28 hari dikesan positif virus itu buat kali pertama sejak Mac 2020.

Data terbaharu yang dicatatkan itu turut melaporkan 3,165 kes baharu berbanding 3,383 pada Isnin.

Perkembangan ini dilaporkan walaupun di tengah kebimbangan mengenai kenaikan kes berkaitan varian dari India atau varian Delta.

Menurut Setiausaha Kesihatan Matt Hancock, ini adalah perkembangan yang memberangsangkan.

Jelasnya, penggunaan vaksin nyata berkesan untuk melindungi penerima.

Namun beliau turut mahu lebih ramai lagi populasi UK untuk terus mendapatkan vaksin.

UK merupakan negara pertama di dunia yang memulakan program vaksinasi Covid-19 pada Disember tahun lalu.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 39 juta individu sudah menerima suntikan dos pertama. - Astro Awani

Artikel Berkaitan: