Laporta percaya Messi kekal di Camp Nou

Lionel Messi
Lionel Messi
A
A
A

PRESIDEN Barcelona, Joan Laporta menegaskan Lionel Messi mahu kekal di Camp Nou, ketika rundingan dengan penyerang Argentina berprofil tinggi tersebut sedang berlangsung.

Messi sebelum ini dilaporkan tidak gembira di Barcelona mahu meninggalkan Blaugrana pada penghujung Ogos lalu, namun bersetuju kekal hingga kontraknya berakhir pada 30 Jun.

Situasi dihadapi pemain berusia 33 tahun tersebut menarik perhatian beberapa kelab gergasi seperti Manchester City dan Paris Saint-Germain yang berminat mendapatkan khidmatnya.

"Perbincangan Barcelona dengan ejen Leo Messi sedang berjalan lancar, kami berharap akan ada kemajuan. Biarpun masih belum dimuktamadkan, namun kami percaya Messi akan kekal di Camp Nou," ujar Laporta yang mengakui lanjutan kontrak dua tahun pemain tersebut hampir dipersetujui.

Gergasi Catalan tersebut sebelum ini telah pun merekrut dua bekas pemain Manchester City, Sergio Aguero dan Eric Garcia dalam usaha memperkuatkan cabaran menjelang saingan musim baharu La Liga.

Artikel Berkaitan: