25 PATI ditahan di PD

Sebahagian PATI yang ditahan operasi malam tadi di sebuah tapak projek perumahan di Lukut.
Sebahagian PATI yang ditahan operasi malam tadi di sebuah tapak projek perumahan di Lukut.
A
A
A

PORT DICKSON - Seramai 25 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua kanak-kanak ditahan dalam Operasi Bersepadu Pencegahan Jenayah yang dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua ditahan termasuk 12 lelaki, lima wanita dan dua kanak-kanak warga Indonesia hasil pemeriksaan 39 individu di sebuah tapak projek perumahan di Lukut, di sini.

"Daripada jumlah itu, enam warga Bangladesh ditahan kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan kesemuanya diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, operasi tersebut bertujuan memberi jaminan dalam memastikan tahap keselamatan di daerah ini sentiasa dipantau.

"Operasi ini untuk mengurangkan 'fear of crime' dalam kalangan masyarakat terutama di daerah ini, di samping memastikan kejadian jenayah dapat dibendung.

"Selain itu kita mahu memberi jaminan dalam memastikan tahap keselamatan di daerah ini sentiasa dipantau," katanya.

Aidi Sham berkata, operasi bersepadu selama lima jam yang bermula 9 malam itu disertai 77 pegawai dan anggota termasuk Jabatan Imigresen negeri, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Tenaga Kerja.

"Operasi Bersepadu sebegini akan diteruskan dari masa ke semasa dengan kerjasama dari agensi penguatkuasaan yang lain demi memastikan Daerah Port Dickson akan terus aman dan sejahtera," katanya.

Artikel Berkaitan: