Tiada keperluan kebumi jenazah Covid-19 dalam satu liang lahad

Pengebumian jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19 dalam satu liang lahad besar boleh dilakukan sekiranya terdapat bukti ia mendedahkan risiko jangkitan kepada pasukan pe­ngurusan jenazah.
Pengebumian jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19 dalam satu liang lahad besar boleh dilakukan sekiranya terdapat bukti ia mendedahkan risiko jangkitan kepada pasukan pe­ngurusan jenazah.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengebumian jenazah yang meninggal dunia akibat Covid-19 dalam satu liang lahad besar boleh dilakukan sekiranya terdapat bukti ia mendedahkan risiko jangkitan kepada pasukan pengurusan jenazah.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, bagaimanapun setakat ini tiada lagi keperluan untuk berbuat demikian kerana keadaan masih terkawal.

“Kalau ada cara lain untuk elak jangkitan ini, maka kita buat yang itu dahulu, tak perlu terburu-buru kebumikan jenazah dalam satu liang lahad besar.

“Kalau boleh kita siasat dahulu adakah mereka terkena jangkitan daripada jenazah berkenaan. Perlu ada bukti yang kukuh.

“Jika kejadian berlaku secara berleluasa hingga kita tak boleh nak kawal, maka dibolehkan berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.


Wan Salim
Wan Salim

Pada Sabtu lalu, kes harian Covid-19 di negara ini memecahkan rekod baharu apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 9,020 kes positif Covid-19 dan 98 kematian.

Angka tersebut merupakan yang tertinggi di Malaysia sejak pandemik itu melanda negara ini.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, sebaik-baiknya satu liang lahad satu jenazah, kecuali ada sebab-sebab tertentu yang tidak boleh dielakkan.


Abdul Rahman
Abdul Rahman

“Maknanya, kita perlu utamakan satu lahad satu jenazah. Sama ada jenazah terkena jangkitan Covid-19 ataupun tidak, kita perlu utamakan yang ini dahulu kerana ia lebih afdal.

“Memandangkan kalau ada sebab-sebab tertentu yang tak boleh dielak, maka kita boleh pertimbangkan untuk berbuat demikian,” katanya.

Mufti Terengganu, Profesor Madya Dr Mohamad Sabri Haron pula berkata, ia perlu mendapat persetujuan daripada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam terlebih dahulu sama ada dibenarkan untuk berbuat demikian ataupun tidak.

Mohamad Sabri
Mohamad Sabri

“Ia juga perlu berdasarkan fatwa. Tidak boleh buat sewenang-wenangnya. Kalau ada prosedur operasi standard (SOP) berkenaan pengurusan jenazah tersebut, maka kita akan ikut SOP yang ditetapkan.

“Bagaimanapun, setakat ini kita belum ada maklumat berkaitan perkara ini. Kalau sudah ada daripada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah, itu yang boleh diguna pakai,” ujarnya.