Perak FC bakal berwajah baharu

Sembilan muka baharu akan memperkuatkan Perak FC. - Foto Facebook Perak FC
Sembilan muka baharu akan memperkuatkan Perak FC. - Foto Facebook Perak FC
A
A
A

SERAMAI sembilan muka baharu akan memperkuatkan Perak FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang akan kembali bersambung pada Julai depan.

Pengurusan Perak FC dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan kesemua pemain terbabit sudah didaftarkan dan pihaknya kini menunggu kelulusan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sebelum diumumkan secara rasmi.

"Perak FC menyedari keluh kesah dan pandangan semua peminat serta penyokong berikutan perkembangan terbaharu pasukan Liga Super khususnya selepas penghijrahan enam tonggak pasukan ke beberapa kelab bola sepak lain.

"Jadi pada jendela perpindahan kali ini, Perak FC tidak melengahkan masa, sebaliknya bertungkus-lumus bagi mendapatkan pemain-pemain baharu demi keseimbangan dan memantapkan kesinambungan kekuatan pasukan sedia ada," kata kenyataan itu pada Selasa.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Perak FC menjelaskan rombakan yang dibuat ke atas pasukan pada jendela perpindahan kedua itu merupakan satu bentuk penstrukturan semula pengurusan dan pentadbiran.

"Melalui langkah penstrukturan semula ini juga, Perak FC berjaya melakukan penjimatan kos sekitar setengah juta ringgit sebulan dan ia amat penting bagi membantu pasukan mengatasi krisis kewangan untuk jangka masa pendek dan panjang," jelas kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan: