Bunuh lelaki Indonesia 9 tahun lalu

Saeri ketika dibawa ke Mahkahmah Majistret Parit, hari ini.
Saeri ketika dibawa ke Mahkahmah Majistret Parit, hari ini.
A
A
A
PARIT - Seorang warga emas lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki Indonesia , sembilan tahun lalu.

Tertuduh Saeri Sitti, 63, yang juga berasal dari Indonesia mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada Saeri yang juga pemastautin tetap.

Saeri dituduh menyebabkan kematian Rofik Rahman berumur 22 tahun semasa kejadian di sebuah rumah di Bota Kanan di sini antara jam 6.30 dan 6.50 petang pada 6 Mei 2010.

Saeri yang berkerja sebagai buruh semasa kejadian didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 21 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim.

Saeri sebelum ini ditahan di sebuah rumah di Taman Bemban Suria, Batu Gajah kira-kira jam 1.30 pagi 12 Februari lalu oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah semasa menjalankan Op Cantas/Kesan.

Berdasarkan laporan polis sebelum ini, motif kejadian disyaki akibat hutang mangsa dengan tertuduh.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes bunuh 9 tahun lalu disiasat, warga emas direman
Artikel Berkaitan: