AKSem rampas 430kg daun ketum

No Image Caption
A
A
A

PADANG BESAR - Agensi Kawalan Sempadan (AKSem) Padang Besar menahan dua lelaki yang cuba menyeludup 430kg daun ketum bernilai RM12,900 ke negara jiran di sini, semalam.

Komander AKSem Perlis, Deputi Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, kedua-dua lelaki berusia 23 dan 40 tahun ditahan pasukan risik agensi itu yang membuat intipan ketika hujan di belakang pejabat Jabatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia MAQIS Padang Besar jam 6.20 petang.

"Kami turut menahan sebuah kereta yang digunakan kedua-dua lelaki itu untuk membawa daun ketum tersebut yang diisi dalam guni plastik," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, kedua-dua lelaki dari Felda Mata Ayer dan Batu 17 Jalan Kaki Bukit itu diserahkan kepada Cawangan Narkotik Ibu Pejabat Polis Padang Besar untuk tindakan lanjut.

"Mereka disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dipenjara tidak lebih empat tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: