Penduduk Langkawi rayu guna khidmat feri

Gambar tular di Facebook berhubung keluhan penduduk Langkawi yang tidak dapat pulang ke pulau legenda selain sebahagian terkandas di jeti berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh. (Gambar kecil: Azman)
Gambar tular di Facebook berhubung keluhan penduduk Langkawi yang tidak dapat pulang ke pulau legenda selain sebahagian terkandas di jeti berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh. (Gambar kecil: Azman)
A
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan berbincang dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi penduduk Langkawi yang bekerja di tanah besar negeri ini untuk pulang ke Langkawi termasuk mereka yang terkandas di jeti.

Exco Pengangkutan Kedah, Azman Nasrudin berkata, ia susulan pihaknya menerima aduan selain maklumat dari laman Facebook berhubung kesulitan itu.

Menurutnya, perkhidmatan feri Kuala Kedah tidak dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), namun pihaknya akan merujuk kepada kementerian dan MKN untuk membenarkan penduduk Langkawi menggunakan perkhidmatan feri pengangkutan (RORO) di Kuala Perlis.

"Kita akan usulkan perkara ini namun dalam kapasiti yang dibenarkan dan mematuhi SOP MKN.

"Namun, saya mohon penduduk Langkawi yang ingin pulang agar menangguhkan hasrat tersebut dan akur dengan arahan kerajaan supaya kekal duduk di rumah bagi mengekang penularan Covid-19 di negeri ini," katanya.

Sebelum ini, tular beberapa gambar dan aduan berhubung keluhan penduduk Langkawi yang tidak dapat pulang ke pulau legenda itu selain sebahagian terkandas di jeti berikutan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh berkuatkuasa pada Selasa.

Artikel Berkaitan: