PPZ-MAIWP tutup operasi kaunter

Pelanggan PPZ-MAIWP boleh berurusan secara dalam talian bagi proses pembayaran zakat dan urusan berkaitan.
Pelanggan PPZ-MAIWP boleh berurusan secara dalam talian bagi proses pembayaran zakat dan urusan berkaitan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kaunter Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) tidak beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh bermula Selasa.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, arahan itu termaktub dalam prosedur operasi standard (SOP) penutupan penuh bagi sektor sosial dan ekonomi seperti yang diumumkan kerajaan.

Bagaimanapun katanya, pengguna boleh menggunakan saluran alternatif secara dalam talian melalui www.zakat.com.my bagi proses pembayaran zakat serta urusan berkaitan.

"Kemudahan lain yang boleh digunakan termasuklah Kaunter Zakat Digital (KZD), perbankan internet, potongan gaji zakat dalam talian melalui pautan https://ptg.zakat.com.my atau melalui ejen yang dilantik seperti Shopee, Boost, MyEG, Jompay, GoPayz dan PayHalal.

"Sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di info@zakat.com.my atau melalui Facebook Messenger melalui link m.me/myzakat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Ujar beliau, walaupun kaunter zakat tidak beroperasi, namun lebih RM38 juta diperuntukan oleh MAIWP di bawah Program MAIWP Prihatin - Kasih Asnaf 3.0 kepada 75,210 penerima.

"Justeru itu, orang ramai disarankan menunaikan zakat di PPZ-MAIWP agar dapat meringankan beban asnaf di Wilayah Persekutuan lebih-lebih lagi mereka yang terjejas akibat pelaksanaan ini.

"Bersama-sama kita putuskan rantaian penularan wabak Covid-19 dengan mematuhi SOP yang ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan: