Semua kilang minuman keras ditutup serta-merta: Ismail Sabri

Ismail Sabri Yaakub
Ismail Sabri Yaakub
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, sebagai makluman kesemua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategori sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP 3.0.

Menurutnya, walaupun kebenaran beroperasi diberikan kepada kilang-kilang yang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanyalah untuk keperluan asas dengan minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas.

"Sehubungan itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini (Selasa) bersetuju supaya semua kilang minuman keras di seluruh negara ditutup serta-merta," katanya dalam kenyataan mengenai PKP dan PKP Diperketatkan (PKPD) pada Selasa.

Media pada Isnin melaporkan tular di laman sosial sekeping imej menunjukkan sekeping surat didakwa dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang memberi kebenaran operasi kepada sebuah syarikat pengeluar arak, namun kesahihan surat berkenaan tidak dapat disahkan sehingga kini.

Artikel Berkaitan: