X

Kindly register in order to view this article
!

1.08 juta individu lengkapkan dua dos vaksin Covid-19

Seramai 1,080,568 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat Isnin.
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 1,080,568 individu di negara ini telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 setakat Isnin, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Dr Adham menerusi akaun Twitternya pada Selasa berkata, seramai 1,927,861 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua di negara ini sebanyak 3,008,429 setakat Isnin.

Dr Adham berkata, lima negeri yang telah melengkapkan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 141,622 dos diikuti Sarawak (111,037), Perak (101,400), Kuala Lumpur (96,834) dan Johor (95,680).

Setakat Isnin, 50.6 peratus atau 12,267,350 individu mendaftar untuk menerima suntikan vaksin dengan Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 3,267,197 orang.

Mengikut perancangan program imunisasi itu, tempoh pelaksanaan fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga April lepas melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua bermula April hingga Ogos ini pula membabitkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU) manakala fasa ketiga yang dijadual pada Mei tahun ini hingga Februari 2022, melibatkan individu 18 tahun dan ke atas, warganegara dan bukan warganegara, dengan sasaran 13.7 juta orang atau lebih. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!