Isu LGMPC: Ahmad Nazlan sedia disiasat SPRM

Kenyataan akhbar Ahmad Nazlan mengenai isu LGMPC yang tular di media sosial.
Kenyataan akhbar Ahmad Nazlan mengenai isu LGMPC yang tular di media sosial.
A
A
A

KUANTAN - Bekas Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Ahmad Nazlan Idris menafikan terlibat dalam isu Lembaga Getah Malaysia Properties Corporation (LGMPC) membabitkan penjualan dan pajakan tanah perdana LGM di bawah harga pasaran seperti yang tular beberapa hari lalu.

Beliau bagaimanapun bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu LGMPC dan dijangka memberikan penjelasan berkaitan kerana namanya telah dikaitkan sebagai Pengerusi LGM dalam isu terbabit.

Ahmad Nazlan juga menegaskan beliau bukan menjadi Pengerusi LGM selepas ditamatkan kontrak pada 14 April yang lalu.

“Saya tidak terlibat dalam isu ini dan mengesahkan Ahli Lembaga Pengarah LGM amat mengambil berat mengenai tadbir urus LGMPC," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Ahli Parlimen Jerantut itu juga memberitahu, satu jawatankuasa ditubuhkan dan LGM sudah melakukan usaha penambahbaikan sebelum ini.

“Dalam isu sewaan tanah 70 sen sekaki, LGM hanya bersetuju untuk pajakan lima tahun dan ditambah 10 tahun tetapi menteri berkenaan mahukan lima + 10 + 10 menjadikan 25 tahun.

“Hasil yang diperoleh oleh LGM selepas 25 tahun melebihi RM1 bilion sekiranya diuruskan dengan cara yang lebih baik berbanding hasil sewaan cuma RM42 juta sahaja kepada syarikat milik rakyat Turki berkenaan,” jelasnya.

Menyentuh mengenai isu penjualan tanah warisan, Ahmad Nazri memberitahu, surat telah dihantar kepada Jabatan Warisan Negara kerana tanah itu adalah tanah warisan.

Artikel Berkaitan:

"Jadi segala tuduhan terhadap diri saya adalah tidak benar. Saya telah cuba bersama dengan ahli lembaga pengarah (ALP) lain menjalankan tugas dengan penuh integriti," katanya.

Sehubangan itu, Ahmad Nazlan menjelaskan ahli lembaga pengarah turut menubuhkan tiga jawatankuasa khas termasuk audit dalaman bagi membetulkan isu dalaman LGM.

“Mereka sangat komited untuk menguruskan dengan baik kira kira 1.5 bilion aset LGM yang juga harta 450,000 pekebun kecil seluruh negara," katanya.