Suami isteri ditahan eksploitasi anak yatim

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes eksploitasi tenaga buruh kanak-kanak di sebuah rumah di Taman Bukit Seputeh di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya berjaya menyelamatkan lima kanak-kanak dan remaja berusia lapan hingga 17 tahun yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.

"Kita telah menerima laporan daripada seorang lelaki yang mendakwa dia bersama 16 kanak-kanak dari rumah anak yatim di Kulim, Kedah telah dibawa oleh pasangan itu ke rumah tersebut untuk melakukan kerja rumah sepanjang hari pada 2017," katanya melalui kenyataan pada Selasa

Anuar berkata, seramai 14 orang daripada kanak-kanak tersebut telah melarikan diri disebabkan tidak tahan melakukan kerja rumah secara paksa dan dipukul jika tidak mengikut arahan.

"Mangsa telah berjaya melarikan diri dari rumah tersebut pada jam 10 pagi, kemudian datang ke balai polis untuk membuat laporan polis semalam (Isnin)," katanya.

Anuar memaklumkan suspek berusia 54 dan 55 tahun itu akan direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Artikel Berkaitan: