Lebih 639 juta dos vaksin Covid-19 disuntik di China

Sehingga hujung Mei, lebih 639 juta dos vaksin sudah disuntik berikutan kempen vaksinasi Covid-19 di China.
Sehingga hujung Mei, lebih 639 juta dos vaksin sudah disuntik berikutan kempen vaksinasi Covid-19 di China.
A
A
A

BEIJING - Kempen vaksinasi Covid-19 terus rancak dilaksanakan di China, dan sehingga hujung Mei, lebih 639 juta dos vaksin sudah disuntik, memetik maklumat sidang taklimat Dewan Negara China pada Isnin.

Pada masa sama, China juga telah membekalkan sejumlah 300 juta dos vaksin kepada negara-negara lain.

Pengeluar vaksin, Sinopharm menyatakan pihaknya bersedia untuk menghasilkan vaksin baharu yang mampu mengekang pelbagai varian virus Covid-19.

Jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC), Mi Feng berkata, jumlah vaksinasi dicatatkan sebanyak 12.47 juta setiap hari pada Mei lalu, iaitu meningkat 2.58 kali ganda berbanding April.

Memahami kepentingan vaksin sebagai pencegah penularan wabak, China akan menunaikan janjinya untuk membekalkan vaksin sebagai produk umum.

Ia sekali gus membolehkan negara-negara membangun mampu memperoleh vaksin buatan China. - Bernama

Artikel Berkaitan: