Mayat ditemui terapung di Sungai Bukit Datu

Keadaan mayat seorang lelaki yang terapung di Sungai Bukit Datu, Kuala Nerus pada Selasa. -Foto Ihsan pembaca
Keadaan mayat seorang lelaki yang terapung di Sungai Bukit Datu, Kuala Nerus pada Selasa. -Foto Ihsan pembaca
A
A
A

KUALA NERUS - Penduduk setempat dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki yang terapung di Sungai Bukit Datu di sini pada Selasa.

Mayat lengkap berpakaian dianggarkan berusia sekitar 40-an ditemui oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus, Abdullah Zawawi Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 7.45 pagi sebelum mengerahkan anggota ke lokasi berkenaan.

"Ketika tiba di lokasi, terdapat mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di tengah sungai.

"Mayat itu dihanyutkan arus ke tepi jeti bot Bukit Datu ketika proses untuk mengambilnya oleh pihak bomba. Mayat itu kemudian berjaya dinaikkan ke jeti dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Anggota bomba memakai PPE ketika membawa naik mayat lelaki yang ditemui terapung di Sungai Bukit Datu, Kuala Nerus pada Selasa. -Foto Ihsan Bomba
Anggota bomba memakai PPE ketika membawa naik mayat lelaki yang ditemui terapung di Sungai Bukit Datu, Kuala Nerus pada Selasa. -Foto Ihsan Bomba

Beliau berkata, seramai 13 anggota dari BBP Kuala Nerus dan Kuala Terengganu digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebagai langkah pencegahan untuk menangani penularan pandemik Covid-19, anggota bomba terlibat memakai pakaian lengkap alat perlindungan peribadi (PPE) ketika proses membawa naik mayat berkenaan ke jeti.

Artikel Berkaitan:

"Kita tidak tahu keadaan sebenar mayat tersebut sama ada dijangkiti Covid-19 atau tidak. Sebagai langkah keselamatan, anggota yang bertugas perlu memakai PPE," katanya.