Peniaga cuba bunuh bekas isteri direman

Suspek berusia 30 tahun (depan) dibawa ke Mahkamah Kota Bharu bagi mendapatkan perintah tahanan reman pada Selasa.
Suspek berusia 30 tahun (depan) dibawa ke Mahkamah Kota Bharu bagi mendapatkan perintah tahanan reman pada Selasa.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang peniaga direman empat hari bagi membantu siasatan kes menembak kereta yang dipandu bekas isterinya di Lorong Jalan Bayam, Tapang di sini.

Reman terhadap lelaki berusia 30 tahun itu berkuat kuasa Selasa sehingga Jumaat.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Kota Bharu, Nuriza Mustafa di bilik reman Kompleks Mahkamah Kota Bharu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana melakukan cubaan membunuh.

Suspek sebelum itu dibawa anggota polis tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini kira-kira jam 10 pagi.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang peniaga dipercayai melepaskan satu das tembakan ke arah kereta jenis Kia Rio yang dinaiki bekas isterinya yang berusia 30 tahun di Lorong Bayam Pinggir, Tapang di sini pada petang Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, wanita itu bersama tiga anaknya berusia 13, lima dan tiga tahun dalam kereta berkenaan bagaimanapun tidak cedera.

Artikel Berkaitan: