Lelaki didakwa bunuh rakan dalam reban ayam

Tertuduh didakwa membunuh Mohd Daiylamien Mohd Ashari, 38, di dalam reban ayam di belakang sebuah rumah di Kampung Che Arus, Kok Lanas di sini pada jam 11.30 malam hingga 11.46 malam, 19 Mei lalu.
Tertuduh didakwa membunuh Mohd Daiylamien Mohd Ashari, 38, di dalam reban ayam di belakang sebuah rumah di Kampung Che Arus, Kok Lanas di sini pada jam 11.30 malam hingga 11.46 malam, 19 Mei lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki warga Thailand dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh seorang rakannya di dalam sebuah reban ayam dalam kejadian bulan lalu.

Pertuduhan terhadap Sulaiman Yaacob, 22, dibuat di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai penjaga reban ayam didakwa membunuh Mohd Daiylamien Mohd Ashari, 38, di dalam reban ayam di belakang sebuah rumah di Kampung Che Arus, Kok Lanas di sini pada jam 11.30 malam hingga 11.46 malam, 19 Mei lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Abu Arsalnaa Zainal Abidin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 1 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan laporan perubatan.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mangsa yang merupakan seorang penganggur ditemui mati dipercayai akibat ditikam rakan yang dikatakan berang apabila kepalanya dipijak ketika tidur.

Artikel Berkaitan:

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Machang untuk menerima rawatan.