JAIS tangguh upacara akad nikah sehingga 30 Jun

JAIS menangguhkan upacara akad nikah di Selangor bermula 1 sehingga 30 Jun ini.
JAIS menangguhkan upacara akad nikah di Selangor bermula 1 sehingga 30 Jun ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangguhkan pelaksanaan upacara akad nikah dalam segala bentuk dan cara bermula 1 sehingga 30 Jun ini susulan pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh.

Menerusi kemas kini di laman Facebook pada Selasa, JAIS berkata, penangguhan itu dibuat setelah memperhalusi semua aspek dan bagi membantu keberkesanan dasar semasa.

Katanya, langkah ini juga adalah demi kepentingan semua pihak setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

"JAIS membuat ketetapan bahawa pelaksanaan upacara akad nikah dalam apa juga bentuk dan cara adalah ditangguhkan bermula 1 sehingga 30 Jun ini," katanya.

Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ fasa pertama di seluruh negara bermula 1 Jun sehingga 14 Jun ini bagi membendung penularan Covid-19.

Menurut satu kenyataan, sidang khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut memutuskan semua sektor tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang disenaraikan oleh MKN.

Artikel Berkaitan: