Sila log masuk terlebih dahulu.

MEDAC sokong pemberian insentif RM11.5 bilion di bawah PEMERKASA Plus

Inisiatif diumumkan langkah tepat untuk membantu usahawan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengekalkan daya tahan perniagaan dalam sepanjang sekatan pergerakan. -Gambar hiasan (Gambar kecil: Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
Inisiatif diumumkan langkah tepat untuk membantu usahawan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengekalkan daya tahan perniagaan dalam sepanjang sekatan pergerakan. -Gambar hiasan (Gambar kecil: Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyokong penuh pemberian insentif termasuk bantuan geran dan pembiayaan berjumlah RM11.5 bilion di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa Plus) yang akan memberi manfaat kepada golongan usahawan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, inisiatif yang diumumkan merupakan langkah tepat untuk membantu usahawan termasuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mengekalkan daya tahan perniagaan dalam tempoh yang mencabar sepanjang sekatan pergerakan.

Sekatan Pergerakan Penuh di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) berkuatkuasa pada Selasa sehingga 14 Jun.

“PMKS yang berjumlah lebih 1.15 juta pada 2020, memberi sumbangan yang amat signifikan dalam pembangunan sosioekonomi negara dan ia menyumbang kepada hampir separuh daripada guna tenaga di negara ini iaitu sebanyak 7.3 juta orang,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, inisiatif PEMERKASA Plus yang bakal memberi manfaat kepada usahawan yang terkesan termasuklah Bantuan Pinjaman Bank Bersasar bagi perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, Program Majlis Amanah Rakyat (Mara) Prihatin dengan diskaun 30 peratus bagi sewaan premis dan Program Subsidi Upah berjumlah RM1.5 bilion.

Inisiatif lain ialah Geran Khas Prihatin (RM1.5 bilion) serta Pembiayaan Mikro Kredit di bawah Bank Simpanan Nasional, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Mara, SME Corp dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) bernilai RM1.5 bilion.

Pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks beli-belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan turut layak menerima diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus selama tiga bulan tambahan antara Julai dan September 2021.

Selain itu, potongan khas turut akan diberikan kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada PKS dan bukan PKS untuk tempoh enam bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sewa semasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: