Imigresen gempur kilang plastik, tahan PATI

Antara PATI yang ditahan.
Antara PATI yang ditahan.
A
A
A

BANGI - Sebuah kilang pemprosesan barangan plastik di Bandar Baru Bangi, di sini, yang disyaki menggajikan pekerja warga asing digempur Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) menerusi Ops Bersepadu.

Serbuan daripada Unit Operasi Khas, Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa dan Unit Operasi, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan Imigresen Putrajaya ini dijalankan kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, seramai 187 pekerja asing dan tempatan telah diperiksa.

Menurutnya, hasil pemeriksaan seramai 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 10 wanita berusia lingkungan 20 hingga 40-an ditahan.

"Daripada jumlah itu, 24 orang melibatkan warga Nepal, Indonesia (17), Bangladesh (6), India (1) dan Sri Lanka (1).

Antara PATI yang ditahan.
Antara PATI yang ditahan.

"Kesemua warga asing ini gagal mengemukakan permit kerja yang sah, tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan imigresen," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, beliau mendedahkan, pemeriksaan juga mendapati masih lagi terdapat syarikat-syarikat atau pihak yang tidak bertanggungjawab menyalahgunakan kelulusan pekerja asing yang diberikan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Tambahnya, syarikat-syarikat ini juga membuat perjanjian antara mereka dan menghantar pekerja asing ke syarikat tertentu untuk mengaut keuntungan yang lebih dengan cara yang mudah tanpa mendapatkan kelulusan yang sah dari pihak KDN.

"Semasa pemeriksaan dilakukan dapati ada pekerja yang memiliki pas kerja di premis lain, apabila diminta bukti dari pengurus tersebut hanya dapat mengemukakan surat dalam tindakan dari Kementerian Sumber Manusia untuk mengurus pekerja asing dan belum diluluskan," katanya.