Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Gawai kepada semua yang menyambutnya di Sarawak.

Dalam kenyataan menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar perayaan itu terus menyemarakkan keharmonian antara kaum di Malaysia dan memperkukuhkan perpaduan sesama rakyat.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan harapan semoga Hari Gawai ini disambut dengan kebiasaan baharu dan dengan mengutamakan keselamatan diri, keluarga dan masyarakat.

“Bersabarlah menghadapi cabaran ini dan marilah bersama memainkan peranan membantu memerangi wabak Covid-19 dengan bersama-sama berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan. Lindungi diri, lindungi semua,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: