X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

Lantik ahli politik ada kepakaran khusus

Nungsari
A
A

SHAH ALAM - Pelantikan ahli politik dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan-badan berkanun boleh dilakukan jika individu terbabit berkelayakan dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

Pakar ekonomi, Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata, pengecualian boleh diberikan sekiranya ahli politik terbabit mempunyai kepakaran dan dapat dimanfaatkan oleh syarikat dan agensi terlibat.

“Pada lazimnya saya tidak bersetuju dengan pelantikan ahli Parlimen kerana mereka sepatutnya memantau prestasi badan yang Parlimen tubuhkan melalui Akta Parlimen.

“Jika ada pun, ia harus sebagai pengecualian di mana seseorang ahli Parlimen itu berkelayakan khusus untuk badan berkanun tertentu.

“Justeru, pelantikan tersebut harus benar-benar diteliti terlebih dahulu memandangkan tidak semua ahli politik sesuai dilantik bagi menerajui sesuatu badan berkanun,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: GLC perlu ditadbir individu berkelayakan, bukan ahli politik

GLC bukan habuan orang politik

Mengenai GLC yang disenarai awam seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia Berhad (TM), Nungsari berkata, syarikat itu tidak sepatutnya ditadbir oleh ahli politik.

Jelas beliau, ia dibimbangi akan memberi kesan terhadap keyakinan pelabur untuk melabur dalam syarikat tersebut.

“Ramai pelabur mahupun pemegang taruh saham syarikat tidak suka jika syarikat itu ditadbir oleh ahli politik kerana mereka cenderung untuk membuat keputusan berdasarkan agenda politik yang akan meletakkan syarikat tersebut berisiko tinggi.

“Jadi pelabur ragu-ragu untuk melabur dalam syarikat itu kerana biasanya mereka akan melabur dalam syarikat yang mereka lihat mampu memberi keuntungan,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!