Pelajar lelaki sekolah menengah positif dadah

May
May
A
A
A
IPOH - Seramai 116 pelajar didapati positif dadah dalam ujian saringan air kencing melibatkan 3,002 pelajar sekolah menengah negeri ini.

Exco Kesejahteraan Sosial, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Wong May Ing berkata, kesemua pelajar lelaki itu didapati positif dadah jenis opiat, ganja dan methamphetamine.

"Paling tinggi adalah methamphetamine melihat 82 orang diikuti ganja (30) dan opiat (4). Jumlah itu direkodkan sehingga 30 September lalu.

"Kerajaan negeri menerusi Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pendidikan Negeri meneruskan ujian saringan air kencing bagi tujuan intervensi awal bagi mereka berisiko terlibat dalam aktiviti itu," katanya ketika menjawab soalan lisan dari Datuk Samsudin Abu Hassan (BN- Ayer Kuning) pada sidang Dun ke-14 Perak, hari ini.

Menurutnya, pelbagai program diadakan bagi meningkat kesedaran penyalahgunaan dadah terutama dalam kalangan remaja.

"Melalui teras program Institusi Pendidikan Bebas Dadah, Kem PINTAR (Program Intelek Asuhan Rohani) untuk pelajar sekolah rendah, Kem Shields (Program Sayangi Hidup Elak Derita Selamanya) dan Program Tomorrow's Leader bagi pelajar pusat pengajian tinggi.

"Disamping itu, program kesedara awa seperti ceramah dan pameran diadakan dari semasa ke semasa bagi memberi maklumat selain kempen menerusi media sosial," katanya.

May Ing berkata, AADK telah melaksanakan 688 operasi bagi menahan mereka yang disyaki sebagai penagih dadah.

"Seramai 3,659 orang telah ditangkap di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983. Daripada jumlah itu, seramai 1,843 orang positif ujian saringan awal dan 1,036 disahkan positif oleh pegawai perubatan," katanya.
Artikel Berkaitan:


Bagi menjawab soalan tambahan Samsudin bagi membendung penglibatan pelajar dalam kegiatan itu, beliau akan menjalinkan kerjasama erat bersama exco pendidikan, kesihatan dan belia.