Pengecualian cukai kenderaan sehingga 31 Disember: PM

Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang bagi kereta pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU) bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2021.
Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang bagi kereta pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU) bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2021.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang bagi kereta pemasangan tempatan (CKD) dan model import sepenuhnya (CBU) bermula 1 Julai hingga 31 Disember 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut merupakan lanjutan daripada inisiatif yang diumumkan kerajaan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

“Selain itu, sukacita diumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan pengecualian duti setem Kempen Pemilikan Rumah atau HOC yang akan berakhir pada hari ini (Isnin) sehingga 31 Disember 2021,” katanya dalam Perutusan Khas Bantuan PKP 3.0 pada Isnin.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, kerajaan akan turut melanjutkan pemberian diskaun bil elektrik kepada sektor yang terjejas.

Sehubungan itu, beliau berkata, pengendali hotel, agensi pengembaraan dan pelancongan, premis dan kompleks membeli belah, pusat-pusat konvensyen, taman tema dan pejabat syarikat penerbangan tempatan layak menerima diskaun bil elektrik sebanyak 10 peratus selama 3 bulan tambahan antara bulan Julai hingga September 2021.

“Kerajaan juga bersetuju memberi potongan khas kepada pemilik bangunan dan ruang perniagaan yang menawarkan pengurangan sewa premis perniagaan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan bukan PKS untuk tempoh enam bulan lagi sehingga 31 Disember 2021 bagi pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30 peratus daripada kadar sewa semasa.

“Selain itu, pelanjutan sehingga 31 Disember 2021 bagi pengecualian cukai pelancongan dan cukai perkhidmatan ke atas penginapan yang disediakan oleh pengendali hotel masih berterusan,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: