Khairulamirin pahat sejarah tersendiri

Khairulamirin muncul pelumba Malaysia pertama beraksi dalam Kejuaraan Supermoto Eropah S4.
Khairulamirin muncul pelumba Malaysia pertama beraksi dalam Kejuaraan Supermoto Eropah S4.
A
A
A

KHAIRULAMIRIN Yahaya melakar sejarah sukan permotoran negara apabila muncul pelumba Malaysia pertama beraksi dalam Kejuaraan Supermoto Eropah S4 mewakili Supermotoland Husqvarna Junior Talent Team.

Pelumba berusia 19 tahun yang sudah dua tahun berkecimpung dalam Kejuaraan Supermoto Sepanyol itu melangkah setapak lagi dengan penyertaan sulungnya pada 27 Jun di Grand Prix Abruzzo di Ortona, Itali.

Khairulamirin yang menyertai Junior Talent Team tahun lepas, akan berlumba dalam kelas S4 (Asphalt) selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan pada kejuaraan Supermoto Sepanyol yang mencetus minat pasukannya untuk membawa beliau ke kejuaraan Eropah.

Menurut laman web Supermotoland www.supermotoland.com, kelas S4 adalah kelas baharu diperkenalkan pada 2021, bersesuaian dengan pelumba mempunyai latar belakang berlumba di litar kerana tiada aksi lompatan berdebu, berbanding kelas S1GP dan S2.

Kejuaraan Eropah S4 adalah tahap teratas dalam perlumbaan Supermoto dunia, justeru Khairulamirin perlu menyesuaikan diri segera dengan litar perlumbaan agar lebih kompetitif dalam perlumbaan khususnya berlumba dengan pelumba-pelumba terbaik tempatan.

Dua minggu sebelum GP di Itali, Khairuamirin yang lebih mesra dengan panggilan Rin dan Supermotoland Husqvarna Junior Talent akan bersaing dalam pusingan akhir kejuaraan Supermoto Sepanyol di Albaida, Valencia. - Bernama

Artikel Berkaitan: